Apr 28, 2007

Gue rasa...

gue udah addicted sama itu ebay.... adusss... $$$$$$$$$$$$

Apr 24, 2007

Drama Minggu Ini : Tahun Lepas-Lepas


Date, time & venue: suatu ketika di millenium lepas, pertengahan umur malam, area parking kereta stesen LRT Taman XXXX.....


Enjin kereta buatan tempatan tu tak dimatikan. Seorg lelaki dan seorang pompuan kelihatan tgh layan jiwa kacau dalam kereta tu. Ujan turun renyai2, macam tau tau jek nak bagi lagi dramatik scene malam tu.


"F##K.F##K.F##K.!"

jerit lelaki tu sambil hentak dashboard. Perempuan yg duduk kat seat driver tu senyap jek. Entah apa yg dia pikirkan ntah. Kepalanya tunduk kebawah.

"MACAM MANA BOLEH JADI SAMPAI MACAM NI?

pause.

MANA SILAP AKU? AKU TAK PENAH BUAT APA2 KAT KAU... TAK PERNAH!!

pause lagi. (untuk efek yg lebih dramatik)

PESAL KO BUAT AKU CAMNI?? APAASALL???!!"

kata lelaki tu lagi.

rokok dinyalakan lagi buat kali ke berapa ntah malam tu.

"F#########KKK..!!!"

dua tiga ekor manusia diluar berpaling mencari2 dimana punca suara tu. Dah jumpa, kemudian buat2 tak tau plak.

Nikotin disedut masuk dalam paru2... habuk rokok jatuh atas riba. Lelaki tu tak pedulik.

Pompuan tu masih senyap. dia mungkin tengah berfikir. atau tengah menyesal. atau mungkin tengah menyusun kata2 nak membela diri. atau mungkin gak dia tgh berkira2 ape akan jadi pada Ross & Rachel dalam F.R.I.E.N.D.S episode minggu depan.

Extreme wide shot parking lot...kemudian cutaway lrt lalu... kemudian zoom out.. fade

Takde background musik. Hanya ada bunyi hujan makin lebat...



--------------------------------------------------------------------------------------

Kalau dah tak larat idup dalam drama minggu ini, ko jerit ajek CUT!

Isap rokok dulu..

Cyanide & Happiness @ Explosm.net

Apr 23, 2007

Aku tgk telemovie Kalis Cinta kat TV3 malam tu..


... and I just realized that Catriona Ross Bahrin is such a super duper hot cutie pie. Not to mention
pandai blakon plak tu!

Aku patutnya jadi hero cite tuh..
duh..!

hope u get well soon, baybeeeeeeh..!

Apr 13, 2007

Tak Bertajuk


Benda tak bernama itu dtg lagi. Dah berbulan tak datang menyinggah, malam ini dia dtg bertandang. Tiba-tiba.
Kenapa malam ni..? Kau tanya.
tak de jawapan.
mungkin ada unsur baru dtg menganggu sistem tertutup kau?

mungkin?


3:22am
sehari selepas friday the 13, April 07
Oceansize:Massive Bereavement

Apr 9, 2007

Malang memang tak de bau

tayar pancit
minyak abis
jacket berlubang kena bara rokok
PC kong tiba-tiba
kerja byk macam biasa
sakit perut pon datang secara tiba-tiba
pastu deman kura plak......

gelas separuh kosong : @#$%^&*?...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
gelas separuh penuh : survived to fight another day


11.34pm 90407
the sword:winter's wolves