Jun 15, 2007

Tima Kasih Nek


Bidan yg sambut aku lahir 29 tahun dulu meninggal siang tadi... hari Jumaat.

Kata mak aku, time aku nak kluar tu dia tgh masak nasik... tetiba org datang panggil sebab mak aku dah sakit dah. Terus dia cargas tinggalkan tanak nasik dia nak sambut aku.

Nama dia Siti. Umur dia 84.

Aku rasa aku tak penah ckp tima kasih pon kat dia sebab tolong mak aku lahirkan aku dulu.

Aku bukan kenal sgt sape dia, tapi aku tak tau pesal aku rasa sebak semacam nih.
duh!



12:44am
16/06/07

No comments: