Jan 31, 2008
Ouch!
(note to self : dude, come on. u know it was super duper cheesy/lame, man. You should know that one coming!)
Jan 30, 2008
Jan 26, 2008
Q: Shaken or stirred, sir? A:Do I look like I give a damn?
best:
-Bond is imperfectly human after all.
-karekter awek Bond kali ni dah 'sexy' without the need to show of her body in bikini. (not that i mind hukhuk..)
-takde gadget merepek2 (Bond pakai Vaio & Sony Eric K810i jek)
-storyline pon ok gak aku rasa. takde villain yg jahat gile babi nak memusnahkan dunia macam selalu.
-the action scenes la of coz
-part intro mase theme song chris cornell tu layan gak. Lagu tu pon best.
kurang best:
-err..takde gadget merepek2
-aston martin tu kejap kejap screen time dia?
-awek bond mati huhu
looking foward to the next one...Quantum of Solace coming soon late this year!
rating: 4 pistol (+ silencer) out of 5
kalau nak nak tau camner buat gamba atas tu, ade kat sini
Jan 23, 2008
Karangan Bebas Minggu Ini : Saya Sebatang Pensil
Manis.
Mulut dia bergerak2, bercakap itu ini tapi kau tak dgr apa2 lansung. Kau kusyuk perhatikan bibir tu bergerak2 slow motion dalam dimensi sementara kau. Kau angguk2 tanda berminat konon padahal kau buat camtu hanya tuk dia terus berckap. Kanta mata kau curik2 perhatikan helai2 rambut yg terselit celah telinga, bulu roma halus lengan, jari jemari gebu bermain2 straw dalam gelas teh o ais limau yg dah tinggal separuh. Kau tak ingat apa yg kau ckp bila tiba masa giliran kau pulak berbalas small talk petang cuti umum tu.
Dia sambung bercakap2 lagi. Kau terus layan bibir tu. Tak dpt tak, unconsciously kadang2 kau TERcurik2 gak perhatikan selekoh-selekoh maut di situ, di situ dan di situ. Memang tak se perfect macam definition majalah fesyen/hiburan tapi, kau dah lama tau..itu yg kau suka.
Layan...
(Tetiba kau teringat tentang sorang lelaki tak bernama, tak bermuka.
Satu thought tajam datang tikam belakang tengkorak: Fantasi kau mungkin dah jadi realiti lelaki tu.)
Potong.
Dan dalam beberapa jam seterusnya kau lepak dengan dia petang tu, kau tak sedar curiosity kau dah sembelih berpuluh-puluh ekor kucing.
Yet he was jealous, though he did not show it, For jealousy dislikes the world to know it”
- Lord Byron , English Romantic poet and satirist, 1788-1824
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
cikgu ckp, dont quit your day job..
Jan 22, 2008
Apa cite ni?
Kenyataan Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA):Tolak membudayakan kebodohan
- Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN tersenarai
Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum(PKK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.
SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.
SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.
SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini? SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)
mari sama-sama kita sebarkan berita malang ini.
Selamatkan Sastera Malaysia!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Saya sekarang mantan Sasterawan Negara,” -A.Samad Saidgood..? bad..? or simply we/you just dont care?
Jan 20, 2008
Jan 15, 2008
First Fever of the Year / The End is Near
hinguih tak benti2 meleleh ni, potong tul.
(tapi stim gak layan ubat ni huhuhu...)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
in other news, the end is near for the format war. After CES 2008, nampak gaya Blu-Ray will become the next generation optical disc format. As PS3 steadily developing and maturing + all major studios supporting the format, this time next year maybe Blu-Ray akan sampai gak kat kita kot? Cepat2 mass produce, mintak2 murah la sket weh harga...!
Nota kaki:
Target gadget tahun ni
1. N82
2. Ipod Classic
3. PSP/Wii/PS3 ?
tak bleh tahan tgk org lain jek pakai!
(macam byk duit jek.huh.)
Macworld San Francisco 2008 is happening at this very moment,btw.
Let see what Steve got for us this time!
(its Macbook Air.. the so- called thinnest notebook in the world at the moment! look damn nice.. but with certain 'standard feature' takde, is it worth the price ke?)
Jan 9, 2008
Once
Go look for it or you'll miss out on something really beautiful. Layan siak, gue ske.
tx alot for recommending this one, mr. maz 'joko' irwan!
Once on wiki, rottentomatoes and metacritic
Jan 3, 2008
Jan 1, 2008
Death of 07 : Birth of 08
you know the drill...
May the force be with us.
Opeth:Roundhouse Tapes
The Autumn Offering:Fear Will Cast No Shadow